Keyboard Jawi


ARABIC VIRTUAL KEYBOARD

Permata Pantai Timur

Terengganu klasik


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Rabu, 24 September 2008

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

Azizi Hj Abdullah.
Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira. Contoh yang paling mudah:Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Selasa, 23 September 2008

Analisis Khalid Samad salah!

Pemimpin-pemimpin PAS kebelakangan ini menjadi sedikit kurang cerdik. Bermula dengan isu Mustafa Ali dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini Khalid Samad memperhangatkan kembali hal lama.
Saya tidak pasti adakah temubual Khalid dengan Ummahonline.com berlaku selepas pesuruhjaya PAS itu bertemu mursyidul am PAS atau sebelumnya.
Tetapi yang pasti Malaysiakini baru menghangatkannya ('Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas, 22 Sept).
Umum sudah mengetahui bahawa 16 September telah berlalu tanpa sebarang pertukaran kerajaan. Jadi maknanya, analisis Mustafa dalam Harakah itu betul.
Kesalahannya, bagi saya, adalah meletakkan pendapat peribadinya di muka hadapan Harakah. Tindakan itu, saya rasa, agak terlebih sebagai pengerusi jemaah pengarah Harakah.
Tetapi temubual Khalid dengan UmmahOnline.com ini lebih ditujukan pada peribadi Mustafa dan bukannya isu yang diutarakan iaitu adakah Anwar Ibrahim berjaya menubuh kerajaan persekutuan atau tidak.
Khalid telah melencong jauh daripada persoalan sebenar dengan menyatakan PAS Terengganu kalah kerana suka menonjolkan aktiviti "mengharamkan".
Saya tidak bersetuju dengan Khalid kerana PAS Kelantan lebih teruk dalam bab haram-mengharam ini. Apa yang diharamkan di Terengganu, yang tidak diharamkan di Kelantan - judi, konsert, arak?
Jadi, kenapa PAS Terengganu tewas tetapi PAS Kelantan menang? Sahih, Khalid salah dalam congakan beliau. Bukan sebab itu Terengganu kalah.
Bukan juga sebab faktor pimpinan dan calon. Jika kerana pimpinan, mengapa Abdul Hadi Awang menang di kerusi-kerusi DUN dan parlimen?
Jika kerana calon Terengganu yang tidak berkualiti, mengapa Mohamad Sabu juga tidak menang padahal beliau bukan berasal dari Terengganu?
PAS menang pada pilihanraya ke-10 bukanlah kerana kekuatan PAS tetapi orang Melayu pada waktu tersebut memprotes kezaliman ke atas Anwar.
Kekalahan pada pilihanraya ke-11 bukan sahaja menimpa Terengganu, malah Kelantan juga hampir jatuh. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan Selangor?
Kekalahan Terengganu pada pilihanraya ke-12 pula bukanlah akibat sebab-sebab lain tetapi kerana Terengganu mempunyai majoriti besar pengundi Melayu yang menyokong totok Umno, tidak seperti Melayu Kelantan yang totok PAS.
Jika Selangor juga berpopulasi seperti Terengganu, Khalid jangan bermimpi mahu menjadi ahli parlimen (MP). Beliau menang hanya kerana undi bukan Melayu. Undi bukan Melayu di Terengganu terlalu sedikit. Berpadanankah untuk dibuat perbandingan? Sampai bilakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu menyedari hakikat kejayaan "lebih kuah dari sudu" ini?
Bilangan ahli parlimen PKR, iaitu tunjang utama Pakatan, tidak menyamai bilangan separuh daripada bilangan MP Umno. Tidakkah mereka ini sedar?
Lagi, apakah sebenarnya kejayaan PAS Selangor? Pembinaan ladang babi tahap mega? Pengharaman Islam Hadhari? Cerminlah diri!

'Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas




Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.
“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.
“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.
PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”.

Antara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.
"Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.
"Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?
"Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan," kata Khalid.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.
Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:
“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.
“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi."
Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.
“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.
Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

Jumaat, 19 September 2008

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamarsebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakanumrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah darilebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamarbetina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan olehSiti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiatkepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herbayang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allahs.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamarbetina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum olehtangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalahmusim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapakeunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok padatangan dan cium," katanya.
"Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Tangungjawab Bila Mendapat Anak

1. Menanam Uri

Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
  1. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
  2. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
  3. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
  4. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
  5. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu.
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasyaat Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu.
Pemilihan nama yang utama
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
  • Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.
  • Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
  • Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.
    Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
  • Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak
  • Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah.
  1. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
  2. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
  3. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
  4. Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
  5. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
  6. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
  7. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
  8. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
  9. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
  10. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
  11. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
  12. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
  13. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
  14. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
  15. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.
Hukum berkhatan-Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW-Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
Hikmah dan kelebihan berkhatan
  1. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
  2. Menyempurnakan tuntutan syara yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
  3. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
  4. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat
  5. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
  6. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
8. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

BERSIHKAN PAS DARI MAZHAB ANWAR

Oleh Mahathir MS
Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, sudah kelihatan kelibat dalam PAS yang lebih menyanjungi dan taksub kepada Ketua Umum PKR itu daripada pemimpin PAS. Seolah-olah sudah ada satu perancangan yang disusun agar fahaman Anwar dapat diresapi ke dalam PAS.

Umum semua mengetahui sebelum Anwar dipecat daripada Kabinet dan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Anwar dijadikan sasaran pihak pembangkang terutama pemimpin PAS. Jika kita teliti ucapan atau ceramah-ceramah politik, banyak gelaran yang jijik dan kurang baik untuk didengar diberikan oleh pemimpin PAS pada ketika itu. Malah pemimpin PAS sendiri meminta Anwar menafi dan mengambil tindakan mahkamah terhadap dakwaan yang mereka lemparkannya terhadapnya ketika itu. Malah media rasmi PAS Harakah, turut menyiarkan gambar aksi Anwar termasuk gambar Anwar menerima duit judi pada 20 Januari 1994 di Jalan Jelatek, Ampang, Kuala Lumpur. Gambar ini disiarkan selepas Akhbar Watan menyiarkan gambar berkenaan di muka depan.

Namun apabila Anwar dipecat, kita lihat pemimpin PAS bertindak di luar dugaan. Akhbar Harakah yang selama ini melanyak Anwar tetiba terus membela Anwar. Umum mengetahui bahawa PAS ingin mendapat keuntungan politik dari isu Anwar. Memang terbukti pada pilihanraya umum 1999. Tetapi yang lebih mendapat untung adalah DAP. Namun dalam pilihanraya umum ke 12, terbukti isu yang dimainkan oleh PAS tidak lagi menguntungkan PAS. PKR dan DAP pula mendapat untung daripada isu Anwar. Apa yang lebih pelik ialah tindakan beberapa orang kuat Anwar yang tidak menyertai PKR yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang jelas matlamat utama ditubuh parti ini untuk membela Anwar yang kononnya dianiaya oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin berkenaan lebih mengambil pendekatan untuk menyertai PAS. Sedangkan sebelum ini mereka bermati-matian berjuang membela Anwar yang kononnya teraniaya. Jika dilihat dari satu sudut seolah-olah ada satu perancangan jangka panjang yang disusun atur oleh pengikut Anwar untuk menyusup masuk dan meresapi ke dalam PAS bagi mengembangkan fahaman dan mazhab Anwar. Mereka seolah-olah sedar bahawa jika hendak diharapkan PKR sudah pasti perjuangan untuk membela Anwar dan mempastikan agenda perjuangannya tidak dapat direalisasi tentu tidak terlaksana. Mereka tentu telah mengambil pengajaran bagaimana pakatan pembangkang gagal dipertengahan jalan kerana asas perjuangan dan matlamatnya berbeza-beza. Semasa Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi presiden PAS, parti itu telah mengharamkan ahli PAS menyertai Jemaah Islam Malaysia dan mana-mana pertubuhan yang seumpamanya.

Lantas itu tertutuplah pintu buat ahli-ahli Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang terdiri daripada cerdik pandai daripada menyertai PAS. Allahyarham Fadzil Noor tentu mempunyai alasan kukuh kerana beliau pada ketika itu berbuat demikian. Mungkin beliau menyedari bahawa majori anggota JIM itu adalah ahli ABIM dan mirip kepada perjuangan Anwar. Namun untuk mengaut sokongan akhirnya PAS membuka pintunya kepada JIM. Apabila PAS membuka pintu partinya kepada kumpulan ini kelihatan kelibat-kelibat yang pernah bersama-sama Anwar mula mendekati PAS malah telah berjaya mempengaruhi ahli PAS untuk memartabatkan mereka sebagai pemimpin.

Tindakan PAS ini bagai orang sudah mengantuk disurung bantal. Mereka yang selama ini merupakan ”orang kuat” Anwar bukan sekadar menumpang tidur malah berusaha merealisasikan mimpi yang dimimpikan oleh mereka dan Anwar di dalam PAS. Keadaan ini menjadi realiti lagi selepas pembebasan Anwar. Puak-puak yang bermazhab Anwar mula mengusung Anwar ke sana sini dalam setiap siri ceramah PAS. Akhirnya apa yang berlaku populariti Anwar telah menyaingi populariti pemimpin PAS. Keadaan ini lebih parah apabila ahli-ahli PAS mula melihat bahawa Anwar merupakan pilihan terbaik untuk menerajui kepimpinan barisan pembangkang untuk berkuasa. Suasana ini jelas terbukti menjelang pilihanraya ke 11 dan selepas pilihanraya umum ke 12. Pemimpin-pemimpin yang bermazhab Anwar telah berjaya merealissikan asas perjuangan Anwar di mana PAS tidak lagi meletakan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangan utamanya. Sejak dalam pilihanraya ke 11 PAS tidak lagi bercakap soal penubuhan negara Islam yang berpelembagaan Islam bertulis. Begitu juga dalam pilihanraya ke 12, Presiden PAS sendiri telah menegaskan kepada wartawan usah dibangkit dan disoalkan lagi tentang penubuhan negara Islam.

Menurut Hadi penubuhan negara Islam bukan lagi agenda dalam pilihanraya ke 12. Apabila berakhirnya pilihanraya ke 12, setelah BN kekurangan majoriti dua pertiga, pemimpin berkenaan sekali lagi berusaha mempengaruhi pemimpin PAS untuk menerima pakai mimpi Anwar untuk menubuh kerajaan dengan acara lompat parti daripada komponen BN.
Sejak itu gula-gula ditaburkan bahawa Anwarlah pemimpin paling layak untuk menjadi Perdana Menteri. Maka sekali lagi Anwar diusung untuk berada di atas pentas PAS bagi menyampaikan hujah menjayakan matlamatnya. Jelas sebagai orang yang bijak berretorik, bijak menggunakan kesempatan semasa orang dalam kepayahan dan kesusahan Anwar berjaya mempengaruhi ahli PAS bahawa dialah calon terbaik daripada kalangan pemimpin pembangkang termasuk dari PAS yang layak menjadi Perdana Menteri menerusi acara lompat parti. Anwar mengguna tipu helah kononnya dia mempunyai 40 orang ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan pembangkang. Selepas itu jumlah itu semakin hari semkin menurun. Namun tahap kepercayaan di kalangan ahli PAS bertambah. Mereka percaya Anwar orang yang hebat, boleh dipercayai dan layak menjadi Perdana Menteri.

Seolah-olah Anwar mempunyai kuasa ghaib “aku kata jadi jadilah” Akhirnya mereka lupa akan ketokohan pemimpin PAS selama ini. Mereka lupa ulama-ulama PAS yang sememangnya hebat. Mujur menjelang detik 16 September, pemimpin PAS seolah-olah baru tersedar daripada diperdaya oleh juak-juak dan retorik Anwar. Akhirnya wujudlah suara-suara dalaman PAS yang menyatakan pemimpin PAS lebih layak daripada Anwar. Terdapat juga suara-suara yang mahu sekiranya kerajaan baru mahu ditubuhkan ianya mesti berlandaskan Islam dan pemimpin PAS mesti menerajuinya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gerombolaannya terus membidas kenyataan daripada PAS bahawa DAP menolak sebarang penubuhan negara Islam. Lalu berlaku pertikaman lidah seketika. Lantas Anwar terus menonjol diri bahawa dialah antara pemimpin pembangkang yang layak menjadi Perdana Menteri terutama selepas menang pilihanraya kecil Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Senario mula berubah apabila muktamar PAS belangsung di Perak bila ada di kalangan perwakilan PAS bangun menyuarakan rasa kurang senang di atas ketaksupan ahli PAS terhadap Anwar sehingga kewibawaan kepemimpinan PAS dilupai. Malah pemimpin PAS sendiri Haji Hadi Awang secara terbuka menyatakan hasrat Anwar itu umpama angan-angan Mat Jenin. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali dengan tegasnya juga menyatakan impian Anwar tidak akan menjadi kenyataan.

Pada saat terkahir pula Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyokong mana-mana penubuhan kerajaan yang tidak diasaskan Islam sama ada oleh Anwar atau UMNO. Jadi bagaimana pula Anwar boleh mendakwa bahawa dia mempunyai 30 ahli parlimen untuk membolehnya mengangkat sumpah? Kalau Pas sendiri telah menarik diri dari awal-awal lagi dan tidak mahu mengiktiraf kerajaan yang ingin ditubuh oleh anwar tentulah jumlah sokongan untuk menubuh kerajaan masih belum mencukupi.

Keghairahan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September telah mengundang satu kesedaran kepada pemimpin PAS. Malah satu malapetaka kepada pakatan pembangkang apabila Hadi Awang secara jelas berkata ”PAS menarik diri” dari bersama Anwar untuk menubuh kerajaan kerana kerajaan itu tidak berasaskan Islam. Kini 16 September telah berlalu. Seluruh ahli PAS harus muhasabah diri agar tidak terlalu taksub dengan retorik Anwar. Malah mereka harus kembali kepada perjaungan asal PAS dan memartabatkan PAS sebagai sebagaimana dahulu. PAS harus kembali keperjuangan asalnya. Malah harus kembali kepada semangat berparti seperti mana yang diamalkan sebelumnya terutama dalam bermesyuarah demi kepentingan Melayu dan Islam. Malah PAS harus membuat pembersihan dalam parti dengan menyingkirkan fahaman mazhab Anwar dalam parti berkenaan.

Mana-mana pemimpin PAS tidak kira dari mana sekiranya ianya begitu taksub dan terus memperjuangkan kepentingan Anwar dengan menjadikan PAS sebagai landasan kedua bagi mencapai matlamat Anwar maka pemimpin berkenaan harus ditolak. PAS harus sedar 16 September juga mencalar maruah dan kewibawaan PAS. PAS tidak harus membiarkan parti ini dijadikan boneka untuk Anwar mencapai cita-cita dan matlamat politiknya.

Usaha pembersihan harus dilakukan segera sekiranya ahli PAS mahu pemimpin mereka dihormati dan PAS tetap dengan hala tujunya. Jika tidak dilakukan pastinya lama kelamaan perjuangan PAS akan turut pudar dan terhakis akibat permainan ahli dan pemimpin PAS yang bermazhab Anwar.

MAHATHIR MS, UUM,SINTOK KEDAH. (BEKAS WARTAWAN) Mahadzir Md Said 630305-02-5775 013-4013379

Lokasi Speed Traps 2008Dilulus terbit pada Friday, September 19 @ 02:49:56 MYT oleh greenboc


Ambil perhatian kepada sesiapa yang balik kampung berhari raya yang menggunakan lori, bas, kereta, dan apa saja kenderaan. Jangan bawak lelaju yer, elok duit boleh kasi lebih kat famili. Takut terbagi kat Pak Polis pulak nanti. Dan ingatlah orang tersayang ok.

PLUS North Bound
  • Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
  • Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
  • Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
  • Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
  • Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
  • Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound
  • Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
  • Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
  • Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
  • Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
  • Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
  • About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
  • At 296.5km and 297km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
  • At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
  • On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
  • After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
  • Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
  • On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
  • After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h

NKVE East/North Bound
  • 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
  • Behind crash barrier on the left when going toward Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
  • Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
  • Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3 km and 25.7km, 80km/h!
  • From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
  • From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
  • Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
  • Below railway bridge at 11.2km
  • Under the bridge at Shah Alam junction.
    Kesas East Bound
  • Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.Kesas West Bound
  • At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
  • Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
    Klang
  • Dual carriageway between Klang and Port Klang. Toward Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
  • Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
  • East bound, downhill run after Raub junction.
  • Maran, 60km/h zone.
  • Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR
North Bound
  • No known location.
South Bound
  • Tangkak junction.
  • Under the bridge after Yong Peng North junction
  • at 97.3km.*Ayer Hitam junction.
  • Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
  • Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
  • Before Perwaja Steel.
  • Sg Petani junction.
  • Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
  • Penang Bridgeat island end.Speed limit 80km/h.South Bound
  • PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
  • About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAKNorth Bound
  • Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
  • *poh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
  • Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
  • Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
  • Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
  • Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
  • Under the bridge at 373km, Slim River Junction.South Bound
  • Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
  • Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
  • Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
  • Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Siasatan Ke atas YB Zulkifli


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, siasatan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung pembabitannya menghalang forum `Masuk Islam: Artikel 121(1A)' anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu tidak akan selesai sehingga Aidilfitri ini. Bagaimanapun beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin yang diketuainya sudah mendengar keterangan Zulkifli berhubung kes terbabit.

"Keterangannya sudah kita dapat, tapi Jawatankuasa Disiplin masih belum buat apa-apa keputusan mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadapnya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas beliau, kelewatan siasatan kes tersebut adalah disebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan.

"Bukan kita sengaja lengahkan, ada banyak kes lain yang perlu kita selesaikan juga. Selain itu beliau (Zulkifli) juga akan pergi menunaikan umrah dalam tempoh terdekat," katanya. Tambah beliau, proses siasatan perlu melalui beberapa peringkat sebelum Majlis Pimpinan Tertinggi PKR memutuskan sebarang tindakan.

Selepas Jawatankuasa Disiplin selesai menjalankan siasatan, laporannya akan diserahkan kepada Biro Politik untuk meneliti laporan tersebut.

"Biro Politik akan tentukan sama ada mahu menerima ataupun penyiasatan perlu dilanjutkan oleh Lembaga Displin parti yang dianggotai oleh badan bebas," katanya.
"

Khamis, 18 September 2008

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. "

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramaldengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yanglain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yangbenar, pahala Nabi-Nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,


**FIDA ABD MUDTALIB**

PAS akan sertai perubahan kerajaan dengan syarat Islam memandu

KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi.

"Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Majlis semalam dimulakan dengan tahlil dan berbuka puasa yang turut disertai Dato' Seri Presiden PAS. Lebih 5,000 hadirin memenuhi Kompleks PAS Kedah itu semalam mendengar ceramah dua tokoh terbabit. - mns_

Rabu, 17 September 2008

16 Sept tonjolkan lagi keretakan PAS

Jimadie Shah Othman Sep 16, 08 4:49pm

Gara-gara projek pembentukan kerajaan baru pada 16 September seperti diura-urakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula yang terpaksa bertelagah sesama sendiri khususnya antara Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Susulan sikap kritikal Mustafa terhadap projek Anwar dalam wawancaranya dengan Harakah dan Utusan Malaysia minggu lalu, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya parti itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul serupa dengan nada presiden Umno".

Dalam kenyataannya sebagai reaksi terhadap pandangan Mustafa, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya" dengan membandingkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menganggap tersilap memilih penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tokoh besar PAS itu turut membayangkan Mustafa kemungkinan akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Bagaimanapun beberapa bahagian panas kenyataan panjang Nik Aziz ini, yang dikirimkan kepada Harakah, tidak dimuatkan dalam akhbar rasmi parti itu dalam edisi terbarunya.

Tidak cukup dengan serangan itu, Nik Aziz mengulangi kritikannya kepada Mustafa dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS di Gombak, Ahad lepas, dua hari selepas kenyataan kontroversi itu diterbitkan.

Dihubungi Malaysiakini semalam, pesuruhjaya itu enggan mengulas kenyataan Nik Aziz.

Mustafa dalam kedua-dua akhbar itu berpendapat perubahan kerajaan yang cuba diusahakan Anwar hari ini "tidak mungkin berlaku" dengan dua alasan.

Pertama, pada tarikh itu, Dewan Rakyat tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa walaupun majoriti ahli parlimen menyebelahi Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata, secara politiknya, tidak pernah berlaku wakil rakyat kerajaan melompat parti untuk menyertai pembangkang.

Beberapa jam sebelum serangan sinis Nik Aziz kelmarin, seorang wartawan Harakah terpaksa menarik balik kenyataan penuh menteri besar Kelantan itu daripada blognya atas arahan ketua pengarang eksekutif akhbar itu Ahmad Lutfi Othman (foto kanan).

"Beberapa alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.

"Malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberapa sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut dengan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat," catat Wan Nordin Wan Yaakob di blognya Politik Suku Sakat (wannordinwanyaakob.blogspot.com).

Tambahnya, seorang lagi wartawan akhbar rasmi PAS itu "turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) itu katanya (pemimpin itu) melampau."

"Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan ideologi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan 'Politik Suku Sakat', akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka," kata wartawan itu lagi.

Wan Nordin, yang menulis berita 'Mursyidul am mahu Pakatan Rakyat diperkukuh: Mustafa ditegur', bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang mengganggu beliau dan wartawan wanita itu.

Usaha Malaysiakini menghubunginya hari ini gagal.

Dalam kenyataan yang sama, kini beredar lebih meluas dalam kalangan penyokong PAS yang pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat, Nik Aziz turut melahirkan kebimbangannya apabila Harakah sendiri terlibat menyiarkan pandangan Mustafa yang meragui usaha menumbangkan kerajaan BN gaya Anwar itu.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Harakah boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu (Mustafa) yang merupakan pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar," kata Nik Aziz.

"Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. "Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej Harakah. Pada logiknya, pembaca Harakah akan berkurangan.

"Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini."

Bagaimanapun ada pihak yang menganggap kenyataan mursyidul am PAS dikarang oleh "kumpulan Erdogan", pemimpin-pemimpin muda beraliran moderat yang dikatakan diketuai oleh naib presiden PAS Datuk Husam Musa - beliau bagaimanapun menafikannya.

"Saya tidak percaya (kenyataan) itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Aziz ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau.

"Nik Aziz yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka, lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS," kata blog Anti Husam, yang pertama kali memperkenalkan ungkapan "kumpulan Erdogan", bersempena perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

"Saya percaya Husam dan/atau kumpulan Erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut... sama ada disedari oleh Nik Aziz ataupun tidak.

"Mana mungkin Nik Aziz menyebut perkataan 'standing ovation' (tepukan hormat sambil berdiri) dalam kenyataannya.

"Lebih-lebih lagi fakta yang kononnya muktamar memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat secara standing ovation tidak tepat sama sekali."

Pertembungan kali ini mengesahkan wujudnya dua puak, atau setidak-tidaknya dua aliran, dalam PAS yang saling berbeza pandangan berhubung isu pertukaran kerajaan pada 16 September, muqabalah dengan Umno dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Namun, kenyataan senada dengan Mustafa itu bukan pertama kali dikeluarkan oleh pemimpin atasan parti itu.

Naib presidennya Mohamad Sabu baru-baru ini pernah menyatakan keraguannya pada projek Anwar tersebut.

Bagaimanapun, oleh kerana beliau dilihat tidak cenderung kepada kumpulan tertentu, pandangan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu tidak menimbulkan pertikaian besar seperti Mustafa.

Lagipun, Mohamad dikatakan pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan tidak selesa dengan rundingan PAS-Umno.

Berbeza dengan Mustafa yang dilihat sebagai seorang arkitek dalam projek muqabalah dengan sokongan penuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - kedua-duanya tokoh berpengaruh dari Terengganu.

Dua aliran ini turut mempengaruhi beberapa pihak lagi dalam PAS. Badan perhubungan PAS Johor menyokong Mustafa, sementara Kelab Penyokong PAS menyebelahi Nik Aziz.

Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang mulai ketara menjelang dan sewaktu muktamar ke-54 di Ipoh?