Keyboard Jawi


ARABIC VIRTUAL KEYBOARD

Permata Pantai Timur

Terengganu klasik


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Isnin, 9 Februari 2009

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN...!

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. 'Horey! Papa balik!' Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
'Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. 'Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak . Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut.
'Fail saya kat depan tu mana?'
'Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.'
'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
'Laila…' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
'Saya nak ke out station minggu depan.'
'Lama?' Soal Laila.
'Dalam seminggu.'
'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?'
'Budak-budak?'
'Ikut jugalah.'
'Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…'
'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ' Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.
-------------------------------------
Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!'
'Manalah saya ada masa..' 'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!' Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. 'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. 'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.' 'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?'
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
'Awak masak apa?'
'Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!'
'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan.
'Keluar!'
'Mama dah masak Pa!'
'Awak saja makan!'
'Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!'
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. 'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah..' 'Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?'
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
----------------------------------------------------------
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
'Laila..' serunya
'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
'Sunyi pulak rumah ni mak,'
'Lama-lama kau biasalah.'
Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
---------------------------------------------------------
'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
'Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.'
'Tak ada lah?'
'Ingat papa ni cop duit?'
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. 'Awak tak sihat ke?'
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
'Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!'
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.' Ujar Laila perlahan
'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.' Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. 'Celaka betul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. 'Abang!'
'Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
-----------------------------------------------------
'Pak Ngah, Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
'Papa nak ke mana hensem-hensem gini?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. 'Wangi-wangi lagi. Dating ye?'
'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
'Ikut boleh?'
'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. 'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.'
'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. '
'Papa pesanlah..'
'Nantilah besar sikit.' Dalihnya.
'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.'
'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,'
Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.'
'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' 'Mama tanya sikit boleh?' Dia mengangguk 'Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?'
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,' ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. 'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!' Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. 'Kalau tak suka pulangkan,'
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
'some things better left unsaid.....u'll never know what u'll loose till its gone.....'

Selasa, 27 Januari 2009

SLOTH - HAIWAN ANEH

Sloth merupakan binatang yang sangat lamban dan tidur 18 jam sehari. Haiwan aneh ini ditemui di Amerika Selatan dan Tengah, dari Nicaragua sampai Brazil. Mereka hidup di pohon dan tidak pernah kelihatan di luar kawasan hutan.

Sloth adalah mamalia dari keluarga anteater, armadillo, dan aardvark.

Sloth terdiri dari dua jenis, yang berjari dua dan berjari tiga. Sloth dua jari mempunyai dua jari pada kaki depan mereka dan tiga jari pada kaki belakang. Sedangkan sloth tiga jari mempunyai tiga jari pada setiap kakinya. Biasanya mereka menggunakan jari kaki dan mencakar untuk menggantung di dahan pohon dengan posisi tergantung.

Pada malam hari, mereka bergeser perlahan-lahan di sepanjang cabang pohon untuk mencari daun dan ranting yang menjadi makanannya. Sloth tidur di pohon, di bahagian atas dahan yang kuat. Kadang-kadang mereka merangkak di tanah, dan melompat tanpa takut dan berenang dengan mudah di sungai atau danau. Tahap kecerdasan sloth sangat rendah, kerana otak mereka sangat kecil. Suhu tubuh mereka juga paling rendah dibandingkan mamalia yang lain. Bulu sloth kelabu dan panjang. Kadang-kadang alga tumbuh di tubuh mereka sehingga mereka tampak kehijauan. Hal ini membantu sloth agar tidak terlihat oleh rajawali, jaguar, dan haiwan lain yang memangsa meraka.

Isnin, 26 Januari 2009

KEAZAMAN ZIONIS TUBUH NEGARA


Konflik di bumi Palestin berlaku disebabkan oleh ideologi Zionisme yang dianuti oleh bangsa Yahudi. Ideologi itu diasaskan oleh Theodor Herzl, seorang Yahudi dari Austria, yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara kekal bagi bangsanya di Palestin.
Herzl menekankan perkara ini dalam buku bertajuk Der Judenstaat (The Jewish State) pada 1896, kerana sedar bangsa Yahudi tidak pernah mempunyai negara sendiri.
Keaadan itu berkait rapat dengan sifat bangsa itu sendiri yang sering disingkirkan, berpindah-randah atau dihalau atas kesombongan mereka sendiri, termasuk ingkar ajaran Allah dan juga membunuh nabi-nabi di kalangan mereka.
Ke mana sahaja mereka pergi, bangsa Yahudi sentiasa menjadi kebencian masyarakat dan sering ditindas serta dibunuh.
Peristiwa pembunuhan yang paling popular melibatkan bangsa itu ialah pembunuhan beribu-ribu Yahudi oleh Czar Rusia pada 1881 dan Holocaust oleh Nazi Jerman.
Bangsa Yahudi percaya mereka berasal dari kerajaan Judah (Judae), sebuah pusat kenabian terdiri daripada nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israel yang diturunkan untuk berdakwah.
Bangsa Yahudi mula menjadi bangsa pelarian dan merempat sejak Babylon menawan kerajaan Judah pada 641 Sebelum Masehi yang ketika itu menguasai Baitulmaqdis.
Sejak itu, bangsa Yahudi meratapi nasib mereka terpaksa meninggalkan Bukit Zion dan berazam untuk kembali semula ke tanah air mereka itu. Sempena nama Bukit Zion itulah pergerakan Zionisme ditubuhkan.
Tanah Palestin kemudian jatuh pula kepada Parsi setelah ia menawan Babylon dan kemudian beralih kepada Rom setelah empayar itu menawan Baitulmaqdis sebelum dikuasai oleh kerajaan Mamaluk dan Othmaniah.
Di Eropah, Yahudi muncul sebagai bangsa yang berjaya sehingga wujud perasaan cemburu dan benci di kalangan bangsa asal dan fenomena ini dipanggil sebagai antisemitik.
Kempen antisemitik di Eropah dan Rusia mendorong dua juta penduduk Yahudi berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) sekitar 1880 sehingga 1928 sementara sebahagian kecil lagi berhijrah ke Palestin kerana faktor agama.
Pergerakan Zionisme kemudian berjaya menyebarkan fahaman itu di kalangan dua juta bangsa Yahudi di AS dan memesongkan penganut Kristian mengenai kedatangan Nabi Isa s.a bagi menarik sokongan terhadap konsep itu.
Zionisme mula mendapat sokongan kerajaan AS semasa pentadbiran Presiden John Adams. Sementara itu, Presiden Harry S. Truman pula adalah presiden yang bertanggungjawab mengiktiraf penubuhan negara Israel.
Ideologi Zionisme merupakan satu ajaran sesat yang memesongkan ajaran kitab Taurat berhubung "bumi yang dijanjikan Tuhan" untuk bangsa Yahudi dan "kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka di Baitulmaqdis atau Al-Quds (Kota Suci)".
Herzl yang juga seorang peguam dan wartawan di Perancis telah memberi manifestasi baru kepada ajaran Taurat berhubung "kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka". Beliau mengambil sebahagian daripada saranan dalam kitab itu dan mengetepikan sebahagian lagi ayat berhubung "sehingga datang perintah dari Tuhan".
Herzl berpendapat bangsa Yahudi tidak perlu menunggu perintah Tuhan, sebaliknya bangsa itu yang menentukan bila dan bagaimana mereka harus pulang.
Herzl bekerja keras bagi menjayakan cita-citanya itu. Beliau kemudian mengumpulkan wakil daripada semua pertubuhan kecil Yahudi di seluruh dunia untuk menghadiri Kongres Pertama Yahudi di Basel, Switzerland pada 27 hingga 29 Ogos 1897 bagi membincangkan idea itu.
Kongres itu melahirkan 'Program Basel' mengenai penubuhan negara kekal bagi bangsa Yahudi. Dan lahirlah juga Pertubuhan Yahudi Sedunia (PYS) bagi menggerakkan usaha penubuhan negara Yahudi kekal di Palestin.
Herzl dipilih sebagai Presiden pertama PYS dan terus menerajui pertubuhan itu sehinggalah mati pada 1904.
Atas idea dan kegigihan beliau itu, Herzl telah digelar sebagai bapa politik moden Zionisme oleh bangsa Yahudi.
Herzl bijak mengatur langkah bagi mencapai impiannya itu serta menonjolkan dirinya sebagai pemimpin.
Beliau mampu mempengaruhi pemimpin dunia agar bersimpati terhadap bangsa Yahudi. Herzl berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin Kristian di Eropah berasa bersalah kerana tindakan kerajaan mengusir, menindas dan membunuh orang Yahudi.
Melalui kempen dan strategi yang tersusun, Herzl berjaya menyatukan sebahagian besar bangsa Yahudi dengan memesongkan akidah mereka sehingga menganggap perjuangan dan tindakan bagi menubuhkan negara Yahudi itu sebagai satu jihad.
Herzl juga mendekati dan mempengaruhi pemimpin dunia, terutama Kristian di Eropah dan AS. Yahudi juga bangkit menguasai sistem ekonomi, politik serta budaya termasuk industri maklumat, hiburan dan keilmuan. Dalam masa yang sama, mereka menyerapkan ideologi Zionisme.
PYS akhirnya berjaya mempengaruhi kerajaan Britain berhubung penubuhan negara Yahudi di Palestin, apabila London mengeluarkan Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 yang mengiktiraf penubuhan negara kekal Yahudi.
Pada mulanya, Britain memperkenalkan 'Projek Uganda' bagi menawarkan Uganda di Afrika kepada PYS. Argentina dan Kashmir, India juga pernah dicadangkan sebagai negara Yahudi.
PYS menolak tawaran itu dan berkeras mahukan Palestin.
Akhirnya Britain bersetuju dan mengemukakan cadangan itu kepada Liga Bangsa-Bangsa dan kepada kerajaan Othmaniah di Turki, yang ketika itu memerintah Palestin.
Pada Jun 1986, Herzl sendiri menghadap Sultan Abdul Hamid II, pemimpin Othmaniah bagi memohon tanah di Palestin.
Sultan itu menolak mentah-mentah idea Herzl.
"Jika satu hari negara Islam (kerajaan Othmaniah) runtuh, maka pada masa itu barulah kamu boleh mengambil Palestin tetapi selagi beta hidup, beta lebih rela tubuh dikerat daripada menyerahkan Palestin untuk Yahudi."
Herzl tidak putus asa dan terus mendekati pemimpin Britain, Perancis dan AS untuk membantu menjayakan cita-citanya.
Pada waktu itu, pergerakan Zionisme telah berjaya meresap ke dalam sistem politik, pentadbiran, ekonomi dan keilmuan di AS.
Di Britain, konco-konco Herzl termasuk Chaim Weizmann dan Nahum Sokolow, pemimpin utama Zionis di London berjaya mendampingi dan mempengaruhi Setiausaha Luar Britain pada waktu itu, Arthur James Balfour, sehingga lahirlah Perisytiharan Balfour 1917 itu.
Weizmann menjadi Presiden pertama negara Israel apabila ia ditubuhkan pada 14 Mei 1948.
Pada 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Wilayah Mandat Palestin yang ditadbir oleh Britain dibahagi kepada dua negara, Yahudi dan Arab, tetapi ditolak oleh Palestin sehingga berlakunya pemberontakan Arab 1936-1939.
Liga Bangsa-Bangsa yang ditubuhkan pada 28 Jun 1919 selepas tamat Perang Dunia Pertama kemudian memanjangkan cadangan Suruhanjaya Peel itu mengenai pembahagian dua negara di wilayah Palestin.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa pada September 1947 telah menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB mengenai Palestin (UNSCOP) yang mengemukakan pelan pembahagian wilayah Palestin kepada dua negara.
Pelan UNSCOP itu kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 dengan bandar Baitulmaqdis diletak di bawah pentadbiran langsung PBB.
Pelan itu ditolak oleh kerajaan Palestin dan negara-negara Arab kerana ia bercanggah dengan Piagam PBB sendiri.
Apabila Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, ketua PYS, David Ben-Gurion mengisytiharkan pembentukan negara Israel selaras dengan Resolusi PBB 1947, yang mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua negara.
David Ben-Gurion kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Israel.
Sebelas minit selepas pembentukan negara Israel, Presiden AS ketika itu, Harry S. Truman mengiktiraf negara baru itu diikuti oleh Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin sejam kemudian.
Pada 15 Mei, 1948, sehari selepas pembentukan negara Israel, penduduk Palestin pula mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawm al-Nakba), apabila ribuan penduduk Palestin dibunuh oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Akhirnya, setelah 51 tahun berjuang, matlamat pergerakan Zionisme untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin mencapai kejayaan pada 14 Mei 1948.
Sejak itu bermula konflik di Palestin di era moden dan penganiayaan, penindasan dan pembunuhan bangsa Palestin oleh rejim Zionis Israel sehingga ke hari ini.

Sabtu, 10 Januari 2009

Ya Allah! Hancurkan Yahudi...

Wahai Saudara Islam Ku

Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?





























Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!!
Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil
menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,
maka kami memohon kepada mu Ya Allah...
turunkanlah bantuan mu kali ini
kepada orang orang Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Lubnan,
hancurkanlah rejim zionis. Aamin. ..."
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU

Senarai brand dan produk yg secara langsung atau tidak langsung bersangkut paut dengan USA dan Israel... Ayuh lakukan perjuangan.. ..


Syarikat : Phillip Morris

Produk : Rokok dan Makanan

Jenama :

Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince


Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC

Produk : Minuman

Jenama :

Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper


Syarikat : Nestle

Jenama :

Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggi, Buitoni, Nestea, Friskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips


Syarikat : Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney,

Jenama :

Disney, Kartun


Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.

Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut

Jenama :

JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca


Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi


Syarikat : Danone

Produk : Makanan, minuman dan biskut

Jenama :

Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogourt, HP foods, LEA & PERRINS, Sant, Galbani, Danao, Danette


Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan


Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik


Syarikat : AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan Cetak

Jenama :

ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazineSyarikat : L'OrealJenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson


Syarikat : Intel, Trend Micro, Gmail, Paypal, Microsoft, ebay, google, skype, sony

Produk : Perkakasan komputer


Syarikat : Estee Lauder

Jenama :

Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila


Syarikat : News Corporation

Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins


Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex


Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampu

Jenama :

Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, PaicHaagen Dazs, Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg's, Canderel, Levi's, Raid, Heinz


Beranilah untuk berubah? Sebahagian jenama ini sudah selalu kita gunakan...

ISRAEL + YAHUDI JAHANAM

HARI Jumaat, 14 Mei 1948, adalah tarikh bersejarah bagi kaum Yahudi di seluruh dunia kerana wujudnya sebuah negara yang dinamakan Israel - kemuncak cita-cita kaum Yahudi sejak beribu-ribu tahun dahulu. Setelah melalui beberapa peringkat rundingan, termasuk Perjanjian Belfour yang amat penting sebagai satu tanda mendeklarasikan kewujudan negara Israel, maka muncullah sebuah negara baru di peta dunia, iaitu Israel.


Mungkin ramai yang tidak menyedari, malah termasuk umat Islam sendiri, bahawa kini Bani Israel seperti yang disebut-sebut di dalam al-Quran kembali mempunyai negara. Dengan tertubuhnya negara tersebut, setelah beribu-ribu tahun bertaburan di muka bumi, kaum ini kembali bertaut dan bersatu di bawah panji-panji Israel.


Ketika di zaman para nabi, kaum Yahudi juga dikenali sebagai golongan dari Bani Israel. Ini berdasarkan susur galur sejarah terdahulu kaum Yahudi, mereka adalah daripada golongan yang digelar oleh al-Quran sebagai Bani Israel.




Daripada susur galur golongan ini jugalah, banyak munculnya nabi-nabi dan rasul kecuali Nabi Muhammad s.a.w., Nabi akhir zaman yang muncul di kalangan keturunan Arab. Di dalam al-Quran sendiri, banyak ayat yang menceritakan kisah dan riwayat Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ketika di zaman Firaun, Bani Israel adalah kategori rakyat bergelar hamba dan tidak layak untuk menikmati kehidupan yang bebas sempurna. Firaun yang berbangsa Qibti, benar-benar zalim terhadap golongan Bani Israel pada waktu itu.


Mungkin kezaliman yang dilakukan tidak jauh bezanya dengan kekejaman Adolf Hitler terhadap golongan ini semasa dunia di era Perang Dunia Kedua.


Setelah datangnya pertolongan Allah s.w.t membebaskan Bani Israel daripada kekejaman Firaun, melalui kemunculan Nabi Musa a.s., Bani Israel mula lupa perjanjian taat setia untuk patuh kepada perintah Nabi Musa a.s.


Perintah


Kedegilan dan keangkuhan kaum Bani Israel ketika di zaman Nabi Musa dan seterusnya, termasuk di zaman Nabi Isa a.s secara jelas dinyatakan Allah s.w.t melalui firman-Nya di kebanyakan surah.


Sebagai contoh di dalam Surah al-Baqarah Ayat 83, Allah s.w.t telah menerangkan kepada Bani Israel beberapa perintah-Nya untuk dipatuhi oleh golongan tersebut. Perintah ini dikenali sebagai The Ten Comandment seperti mana yang tersebut di dalam kitab Taurat. Malah, kisah Bani Israel ini turut difilemkan pada sekitar tahun 1956 yang berjudul The Ten Commandment arahan Cecil B. DeMille.


Jelas terbukti, pada hari ini lebih ramai di antara golongan Bani Israel ingkar terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. Apa yang al-Quran jelaskan 1,400 tahun lalu mengenai perlakuan Bani Israel seakan-akan sama dengan sikap yang diperlihatkan oleh negara Israel pada hari ini.


Sikap mereka yang suka bermusuhan dan kejam terhadap orang lain terutama melibatkan isu Palestin dan kini Lebanon adalah sama seperti mana yang difirmankan Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 85.


Sesungguhnya, golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yang dimuliakan Allah s.w.t satu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan Bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain.


Ini jelas apabila hampir semua di kalangan nabi dan rasul diturunkan melalui keturunan mereka. Malah Nabi Isa .a..s. sendiri termasuk di kalangan keturunan Bani Israel.


Dengan kemuliaan yang diberikan Allah s.w.t. kepada mereka, golongan ini menjadi sombong dan bongkak serta memandang hina ke atas pihak lain. Apa yang berlaku terhadap keganasan dan kezaliman yang tidak sudah-sudah ke atas rakyat Palestin dan Lebanon, menjadi satu bukti yang nyata.


Namun Allah s.w.t. telah memperingatkan golongan ini bahkan firman tersebut amat relevan pada hari ini berdasarkan situasi dan konflik di Asia Barat yang tercetus akibat tindakan rejim Israel. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 122 yang bermaksud :


“Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)’’


Namun, pastinya, ramai yang lupa daripada beringat. Itu adalah fitrah manusia yang diciptakan sedia kala lemah. Begitulah hakikatnya pada Bani Israel dan kini, rejim Israel yang kembali melakukan kerosakan di bumi Palestin dan Lebanon. Israel dan sekutunya, AS dan Britain, ternyata melaksanakan kekejaman berselindung di sebalik kata-kata retorik kedamaian dan demokrasi.


Golongan ini menggelarkan orang lain, khususnya umat Islam sebagai pengganas, namun penglibatan golongan ini dalam pembunuhan rakyat Palestin dan tragedi Shabra Satilla dan Deir Yassin tidak pula dianggap sebagai satu keganasan? Kini tragedi yang sama kembali berulang.


Di dada-dada akhbar terpampang mayat kanak-kanak comel yang tidak berdosa terkulai layu tidak mengerti, akibat sifat serakah rejim Israel.


Tidakkah jelas, seperti yang diberitahu al- Quran terhadap sikap dan pendirian sesetengah golongan ini yang suka melakukan kerosakan. Ini hanya sebahagian. Bukan semua golongan Yahudi yang menyokong dasar luar pentadbiran Israel.


Malah kaum Yahudi yang beriman, beramai-ramai keluar mengadakan demonstrasi bermula sejak tragedi Shabra Satilla. Deir Yassin, penaklukan Palestin dan berterusan hinggalah yang terbaru, apabila Lebanon pula dicerobohi.


Namun sebahagian besar daripada golongan ini adalah terdiri daripada golongan yang lalai dan lupa. Sikap Bani Israel yang diceritakan al-Quran saling tak tumpah seperti sikap rejim Israel seperti yang wujud dengan rasminya di peta dunia pada hari ini. Firman Allah s.w.t. dalam surah al- Maidah ayat 32 yang bermaksud :


“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”


Sesungguhnya kini, sebahagian daripada golongan yang menderhaka dari Bani Israel, secara rasminya wujud kembali sebagai para pemimpin bagi Israel, dan terus melakukan kekejaman dan kezaliman, sama seperti yang pernah sebahagian daripada mereka lakukan satu ketika dulu.

Jumaat, 9 Januari 2009

Kisah Uptrend & Hai-O

Sila ke link di bawah untuk mengikuti komentar Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/

Semoga mana-mana nak cepat kaya tu, buka mata, buka hati sikit...

Wallahu a'lam...

Rabu, 7 Januari 2009

Buah Hati Abah (Ahmad Fadhil Fathi)

Diputerakan pada 03 November 2007Masehi @ 0050HRS.





























Isnin, 5 Januari 2009

Don't drink PEPSI in INDIA or PAKISTAN

1. Great boy picking the colors to prepare the PEPSI

2. Men at work - washing the bottles


3. Men at work washing the bottles Fully


4. Boys placing the bottles in the tray

5. Boy filling the PEPSI Soooooo... Called


5. Boy filling the PEPSI & checking for the air bubles


6. Boy filling the Gas in the bottels


7. Boy searching for the right caps


8. Great man at capping the bottle


9. Quality checking and Success

Secebis Kasih Sayang..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. “Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, ”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahankamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.” Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.” “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kitadapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Rabu, 24 Disember 2008

Cinta Seorang Suami

Based on True Story..
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.
Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.. Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :
"Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat...
"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?"
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... . tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
Disitulah pak suyatno bercerita...
Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......
Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya...
Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. ..
Dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah ...
Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ...
Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Rabu, 24 September 2008

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

Azizi Hj Abdullah.
Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira. Contoh yang paling mudah:Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Selasa, 23 September 2008

Analisis Khalid Samad salah!

Pemimpin-pemimpin PAS kebelakangan ini menjadi sedikit kurang cerdik. Bermula dengan isu Mustafa Ali dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini Khalid Samad memperhangatkan kembali hal lama.
Saya tidak pasti adakah temubual Khalid dengan Ummahonline.com berlaku selepas pesuruhjaya PAS itu bertemu mursyidul am PAS atau sebelumnya.
Tetapi yang pasti Malaysiakini baru menghangatkannya ('Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas, 22 Sept).
Umum sudah mengetahui bahawa 16 September telah berlalu tanpa sebarang pertukaran kerajaan. Jadi maknanya, analisis Mustafa dalam Harakah itu betul.
Kesalahannya, bagi saya, adalah meletakkan pendapat peribadinya di muka hadapan Harakah. Tindakan itu, saya rasa, agak terlebih sebagai pengerusi jemaah pengarah Harakah.
Tetapi temubual Khalid dengan UmmahOnline.com ini lebih ditujukan pada peribadi Mustafa dan bukannya isu yang diutarakan iaitu adakah Anwar Ibrahim berjaya menubuh kerajaan persekutuan atau tidak.
Khalid telah melencong jauh daripada persoalan sebenar dengan menyatakan PAS Terengganu kalah kerana suka menonjolkan aktiviti "mengharamkan".
Saya tidak bersetuju dengan Khalid kerana PAS Kelantan lebih teruk dalam bab haram-mengharam ini. Apa yang diharamkan di Terengganu, yang tidak diharamkan di Kelantan - judi, konsert, arak?
Jadi, kenapa PAS Terengganu tewas tetapi PAS Kelantan menang? Sahih, Khalid salah dalam congakan beliau. Bukan sebab itu Terengganu kalah.
Bukan juga sebab faktor pimpinan dan calon. Jika kerana pimpinan, mengapa Abdul Hadi Awang menang di kerusi-kerusi DUN dan parlimen?
Jika kerana calon Terengganu yang tidak berkualiti, mengapa Mohamad Sabu juga tidak menang padahal beliau bukan berasal dari Terengganu?
PAS menang pada pilihanraya ke-10 bukanlah kerana kekuatan PAS tetapi orang Melayu pada waktu tersebut memprotes kezaliman ke atas Anwar.
Kekalahan pada pilihanraya ke-11 bukan sahaja menimpa Terengganu, malah Kelantan juga hampir jatuh. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan Selangor?
Kekalahan Terengganu pada pilihanraya ke-12 pula bukanlah akibat sebab-sebab lain tetapi kerana Terengganu mempunyai majoriti besar pengundi Melayu yang menyokong totok Umno, tidak seperti Melayu Kelantan yang totok PAS.
Jika Selangor juga berpopulasi seperti Terengganu, Khalid jangan bermimpi mahu menjadi ahli parlimen (MP). Beliau menang hanya kerana undi bukan Melayu. Undi bukan Melayu di Terengganu terlalu sedikit. Berpadanankah untuk dibuat perbandingan? Sampai bilakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu menyedari hakikat kejayaan "lebih kuah dari sudu" ini?
Bilangan ahli parlimen PKR, iaitu tunjang utama Pakatan, tidak menyamai bilangan separuh daripada bilangan MP Umno. Tidakkah mereka ini sedar?
Lagi, apakah sebenarnya kejayaan PAS Selangor? Pembinaan ladang babi tahap mega? Pengharaman Islam Hadhari? Cerminlah diri!

'Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas




Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.
“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.
“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.
PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”.

Antara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.
"Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.
"Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?
"Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan," kata Khalid.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.
Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:
“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.
“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi."
Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.
“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.
Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

Jumaat, 19 September 2008

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamarsebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakanumrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah darilebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamarbetina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan olehSiti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiatkepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herbayang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allahs.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamarbetina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum olehtangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalahmusim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapakeunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok padatangan dan cium," katanya.
"Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Tangungjawab Bila Mendapat Anak

1. Menanam Uri

Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
  1. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
  2. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
  3. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
  4. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
  5. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu.
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasyaat Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu.
Pemilihan nama yang utama
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
  • Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.
  • Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
  • Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.
    Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
  • Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak
  • Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah.
  1. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
  2. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
  3. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
  4. Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
  5. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
  6. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
  7. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
  8. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
  9. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
  10. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
  11. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
  12. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
  13. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
  14. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
  15. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.
Hukum berkhatan-Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW-Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
Hikmah dan kelebihan berkhatan
  1. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
  2. Menyempurnakan tuntutan syara yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
  3. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
  4. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat
  5. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
  6. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
8. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan