Keyboard Jawi


ARABIC VIRTUAL KEYBOARD

Permata Pantai Timur

Terengganu klasik


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Khamis, 14 Mei 2009

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS.

kisah benar dari seorang guru

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.
Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya. Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah.
Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut. Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya.
Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam.
Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Univer siti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas.
Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun.
Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi? Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX.
Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius.
Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.
Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital . Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama.
Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.
Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati. Kepada ibu bapa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sabtu, 18 April 2009

BOSS...

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..
Hoh! bila nak abis ni....

Rabu, 18 Mac 2009


Keputusan muktamar perkukuh Pakatan Rakyat perlu dipertahan - Nik Aziz



KOTA BHARU, 18 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.

Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.
"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.
"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.
Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.
Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.
"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.
"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya. - mj

Ahad, 8 Mac 2009

KAU WANITA, AKU LELAKI

  • Lelaki
  1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. (so jangan buat dosa, sian ayah kita yang tanggung)
  2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. (BERATKAN ! so kalau sayang dan sian suami anda si isteri, anak perempuan, anak laki jangan buat dosa)
  3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. (BERATKAN! taat la pada suami mu selagi dia tak didik benda yang tak baik)
  4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
  • Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Walaubagaimanapun orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

  • Wanita
  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. (Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.)
  4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. (Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH-dosa kecil)
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya. (Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?)
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
  • Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya-ALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita kan..

Kesimpulan:

  1. Si anak perempuan taat dan sayanglah pada ayah kamu selagi dia tak ajar yang menyalahi agama
  2. Si isteri taat dan syglah pada suami kamu selagi die x ajar yg menyalahi agama.
  3. Si suami, pastikan jaga tanggungan kamu sesungguh-sunguhnya tanpa putus asa supaya kamu tak ditanggung dengan banyak dosa!

WALLAHUA'LAM

GOG DAN MAGOG

Tidak dipastikan kesahihan catatan ini-terutamanya bila disemak dia punya rujukan, bukannya semuanya kitab2 Islam, cuma dicopy untuk bacan sahaja, daripada amrandazmind.
Gog adalah salah satu keturunan Magog. Gog dan Magog memiliki keturunan yang membentuk suku yang cukup besar. Dalam dialek Arab disebut sebagai Yajuj dan Majuj (tanpa hamzah) atau Ya`juj dan Ma`juj (dengan hamzah). Ya`juj dan Ma`juj merupakan keturunan Yafits (Yafet) bin Nuh.Dari Samurah bin Jundub ra, Rasulullah saaw bersabda, “Putera Nuh ada tiga, yaitu Sam, Ham, dan Yafits." (HR. Ahmad dan Hakim)
Kalangan sejarawan mengatakan bahwa putera Nuh ada tiga, yaitu Sam bapak orang Arab dan Persia; Ham bapak orang Habsyi/Ethiopia, Negro, dan Naubah; danYafits bapak orang Turki, Slavia, Ya`juj dan Ma`juj. Ibnu Abdul Barr menyebutkan ijma’ ulama bahwa Ya`juj dan Ma`juj adalah putera Yafits bin Nuh. Imam Nawawi berkata, "Pendapat ini menurut mayoritas ulama."
Inilah keturunan Sem, Ham dan Yafet, anak-anak Nuh. Setelah air bah itu lahirlah anak-anak lelaki bagi mereka. Keturunan Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh dan Tiras. (Kejadian 10:1-2)
Pemilik Dua Tanduk
Dzul Qornain berarti "yang memiliki dua tanduk", maksudnya yang memiliki dua kerajaan atau dua kekuasaan, yaitu kerajaan di timur dan di barat. Menurut sebagian pendapat, Dzul Qornain adalah Alexander dari Macedonia. Namun menurut pendapat lain, Dzul Qornain adalah Raja Qurusy (Koresh) dari Persia. Raja Qurusy berpegang pada agama yang benar, yaitu agama Zeradsyat yang masih tauhid; yang kemudian agama tersebut berubah menjadi agama Majusi yang menyembah api.Pada masa Dzul Qornain, Ya`juj dan Ma`juj ‘dipenjarakan’ pada sebuah bukit. Dzul Qornain membuat dinding dari lempengan besi yang dilas dengan tembaga.
Mereka berkata: “Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?” Dzulkarnain berkata: “Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.” Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: “Tiuplah (api itu).” Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: “Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu.” Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melobanginya. (QS. Al-Kahfi: 94-97)
Namun demikian, jika hari yang dijanjikan telah tiba, dinding itu akan roboh dan mereka keluar untuk membinasakan manusia.
Dzulkarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar.” (QS. Al-Kahfi: 98)
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. (QS. Al-Anbiya`: 96)
Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. (Wahyu 20:7-8) Namun Allah menolong orang-orang beriman dan membinasakan Ya`juj dan Ma`juj. Allah mengirimkan ulat yang keluar dari tengkuk-tengkuk Ya`juj dan Ma`juj dan mereka semua binasa.
Dalam sebuah hadits yang bersumber dari Abu Sa’id Al-Khudry diriwayatkan bahwa kelak benteng Ya`juj dan Ma`juj akan terbuka, lalu mereka keluar dan membuat kerusakan di muka bumi. Nabi Isa as dan kaum muslimin berlindung di benteng-benteng. (Dalam riwayat lain dijelaskan bahwa Isa berlindung bersama sekelompok kaum muslimin di Palestina di suatu daerah bernama Babul Lud atau Pintu Lud). Ya`juj dan Ma`juj melewati lahan pertanian kaum muslimin. Setiap melewati sungai, mereka meminum airnya hingga kering, hingga kelompok setelhanya yang melewati sungai tersebut berkata, “Sungguh dahulu sungai ini ada airnya.” Ketika tidak ada seorang pun penduduk bumi yang tersisa kecuali yang berlindung di benteng kota, salah seorang dari mereka berkata, “Penduduk bumi telah kita binasakan, tinggal penduduk langit.” Lalu dia mengayunkan tombaknya, lalu dilemparkan ke langit, tetapi kembali kepadanya dengan berlumuran darah, sebagai tanda bala bencana. Secara tiba-tiba Allah mengirimkan ulat di pundak-pundak mereka seperti gerakan belalang yang keluar dari kepompong. Ya`juj dan Ma`juj mati seketika. Lalu kaum muslimin mengirim seseorang untuk melihat keluar benteng. Lalu orang itu berseru, “Wahai kaum muslimin, bergembiralah! Sesungguhnya Allah telah membinasakan musuh kalian.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Hakim) At-Turmudzi berkata bahwa Isa dan kaum muslimin berdoa kepada Allah dan Dia mengirimkan burug seperti leher unta, lalu burung itu membawa bangkai Ya`juj dan Ma`juj dan melemparkannya ke Mahbal. Lalu Allah menurunkan air hujan sehingga tak satu rumah pun yang tertutup debu dan kapas. Lalu kaum muslimin menyalakan api dari uang dinar, anak panah, dan busur panah selama tujuh tahun.
Zaid bin Aslam berkata, “Kaum muslimin memanfaatkan uang logam dan anak panah mereka selama bertahun-tahun.” (HR. Nuaim bin Hamad dalam kitab Al-Fitan) Dan engkau, anak manusia, bernubuatlah melawan Gog dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan Aku akan menarik dan menuntun engkau dan Aku akan mendatangkan engkau dari utara sekali dan membawa engkau ke gunung-gunung Israel. Aku akan memukul tangan kirimu sehingga busurmu jatuh dan membuat panah-panahmu berjatuhan dari tangan kananmu. Di atas gunung-gunung Israel engkau akan rebah dengan seluruh bala tentaramu beserta bangsa-bangsa yang menyertai engkau; dan engkau akan Kuberikan kepada burung-burung buas dari segala jenis dan kepada binatang-binatang buas menjadi makanannya… Dan yang diam di kota-kota Israel akan keluar dan menyalakan api serta membakar semua perlengkapan senjata Gog, yaitu perisai kecil dan besar, busur dan panah, tongkat pemukul dan tombak, dan mereka membakarnya selama tujuh tahun. Mereka tidak akan mengambil kayu dari hutan belukar atau membelah kayu api di hutan-hutan, sebab mereka akan menyalakan api itu dengan perlengkapan senjata itu. Mereka akan merampas orang-orang yang merampas mereka dan menjarah orang-orang yang menjarah mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH. (Yehezkiel 39:1-4,9-10) Perlu diketahui juga bahwa dalam Alkitab, anak manusia bisa berarti manusia, bisa berarti nabi atau orang pilihan, terkadang juga mengacu pada Nabi Isa as, dan terkadang mengacu pada Nabi Muhammad saaw.

Jumaat, 6 Mac 2009

AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA

Cerita Satu:
Permaisuri sedang duduk di dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampung sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda disebat agar memecut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan, kaum tani datang mengepung.

Cerita Dua:
Bomoh berjanggut tebal telah mati ditembak di dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salji semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan, Baginda dan Permaisuri sedang memasukkan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat di luar sedang bersedia menunggu dalam kedinginan salju.
Cerita Tiga:
Apabila malam mulai gelap, Baginda dinaikkan ke atas kapal menuju Itali. Beberapa orang juak datang mengekor. Kaki-kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di pelabuhan. Apabila kapal bergerak, peluit pun tidak dibunyikan. Semuanya senyap.
Cerita Empat:
Telepon berwarna merah berdering. Pembantu presiden mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hujung talian Raja Segala Raja sedar saat-saat akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang, enjin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.

Cerita satu itu gambaran hari-hari akhir untuk Maria Antoinette permaisuri Perancis yang hingga ke hari ini masih diingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Perancis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti, pemaisuri bangang ini telah berkata: "Kalau tidak ada roti, makanlah kuih".
Setelah ditangkap kerana cuba hendak melarikan diri, si bangang ini telah dibicarakan. Keputusan rakyat - lehernya dipenggal dengan guillotine (alat pemenggal kepala) dalam Revolusi Perancis pada 1793. Sistem feudal beraja dihapus, Perancis bertukar republik.
Cerita dua pula saat-saat apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Rusia telah dibunuh. Rakyat Rusia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di negara itu. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirnya dihukum mati dalam Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal dihapuskan, Rusia menjadi republik.
Cerita ketiga, malam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal, raja Mesir yang dinaikkan ke atas kapal oleh presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah dihantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada 1952. Sistem feudal dihapuskan, Mesir bertukar republik.
Cerita keempat pula hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan daripada presiden Jimmy Carter. Carter enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Carter mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa presiden sedang berehat di kem David dan tidak mahu diganggu. Pada 11 Febuari 1979, Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini ditendang keluar oleh rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan, Iran pula menjadi sebuah republik.

Inilah contoh-contoh berakhirnya sistem feudal apabila Raja, Al-Malik, Shah, Maharaja dan Czar ditendang keluar oleh rakyat. Ada yang dibunuh, dipenggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.

Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem ini.
Feudal ialah satu sistem ekonomi di mana yang kuat dijadikan raja dan disembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai raja boleh mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peluh kaum tani.
Di zaman ini punca pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan.
Dengan harta kekayaan, mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka membesarkan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera, mereka dilihat berkuasa.
Untuk mengukuhkan kuasa, pada awalnya telah dimunculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita pedang azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa.
Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.
Sistem feudal menghadapi persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama yang menjadi kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.
Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri-kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodohkan dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka dirampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalalkan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.
Penipuan ini berjalan beratus-ratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.
Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional, kaum tani tidak lagi berasa gerun apabila melihat muka raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut-marut telah dikoyak-rabakkan oleh pemikiran rasional.
Idea yang dibawa pada Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu sains, ilmu alam, ilmu bumi dan bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – kaum Peniaga. Kaum peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi daripada urusan perniagaan.
Dengan ilmu sains dan pengetahun, kaum peniaga mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggalkan tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi kaum peniaga juga tidak jauh ganasnya daripada kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.
Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan daripada kaum buruh dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Perancis pada 1789, berlaku Revolusi Amerika pada 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik pada 1917.
Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke era pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil daripada rompakan tenaga kerja mereka.
Epilog: Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun terup. Faroq dikelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya, apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.
Ini jawapan Al-Malik Fārūq al-Awwal: "Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal empat ekor raja sahaja. Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."

Sabtu, 28 Februari 2009

KASYAF


Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.
Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.
Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi,
Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.
Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:
1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.
Link berkaitan kasyaf:
Manakib ringkas Syeikh Suhaimi :-
http://heliconia.wordpress.com/2006/12/23/manakib-ringkas-as-sheikh-suhaimi/
Kasyaf seorang guru tariqah naqsyabandi
http://heliconia.wordpress.com/2006/12/27/keajaiban-abuya-ashaari-muhammad/

Isnin, 23 Februari 2009

PAS ADA "BAI'AH" UNTUK ELAK LOMPAT PARTI - Ustaz Hadi


KEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil."Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.
"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.
"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.
Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.
"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.
"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.
Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.
PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.
Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.
Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.
"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.
Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man. - azm_

Khamis, 19 Februari 2009

HOLOCAUST SURVIVOR

BUILDING WALLS & FENCES TO KEEP PEOPLE IN PRISONS









CHECK POINTS NOT TO ALLOW PEOPLE BASIC FREEDOM OF MOVEMENT








ARRESTS & HARASSMENTS












DESTROYING HOMES & LIVELIHOODS









GIFTS (WITH LOVE) FROM THE CHILDREN OF PEACE-LOVING & CIVILIZED COUNTRIES













THE ISRAELIS PRACTICE THE SAME TACTICS




THE CLASSIC PROPAGANDA MACHINE - YOU WILL FIND THE PICTURE IN BLACK & WHITE IN ALL AMERICAN AND SOME OTHER WESTERN COUNTRIES HISTORY BOOKS, ENCYCLOPAEDIAS, LIBRARIES, MUSEUMS… THAT DEPICTS A YOUNG JEWISH BOY WITH HIS HANDS UP WHILE NAZI TROOPS POINT THEIR GUNS AT HIM AND HIS FAMILY IN ORDER TO EXPEL THEM FROM THEIR HOMES… (IT'S SUPPOSED TO MAKE YOU SYMPATHIZE WITH THE VICTIMS & TO SUPPORT THEIR CAUSE FOR JUSTICE & A HOMELAND)